THE GREAT NUSANTARA FOR NUSANTARIAN
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

This website is dedicated to all nusantarian, let us realize The GREAT NUSANTARA let us unite under the great archipelago as our ancestors once glorious empire of shrivijaya and majapahit.
 
IndeksPortalLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 kerajaan baru hanya wujud selepas kedatangan Islam disangkal

Go down 
PengirimMessage
zaris

zaris


Jumlah posting : 3
Join date : 04.01.10
Lokasi : selangor, malaysia

kerajaan baru hanya wujud selepas kedatangan Islam disangkal Empty
PostSubyek: kerajaan baru hanya wujud selepas kedatangan Islam disangkal   kerajaan baru hanya wujud selepas kedatangan Islam disangkal EmptyFri Jan 15, 2010 11:27 am

Kerajaan Melayu selepas kedatangan Islam disangkal

Oleh Nazmi Yaakub

BERI SOKONGAN: Felo kanan Atma, Dr Harun Daud (tengah) turut hadir.
Dapatan arkeologi membuktikan ia bertapak seawal abad ke-7 ketika Srivijaya menggunakan bahasa Melayu

KERAJAAN Melayu di Nusantara diyakini sudah pun wujud sebelum kedatangan Islam, sekali gus menolak pandangan yang menganggap ia wujud selepas penyebaran agama itu di kepulauan terbabit dan perkara ini mendapat perhatian pada Ceramah Asal Usul Tamadun Melayu.

Ceramah yang dihadiri Pengarah Atma, Prof Dr Che Husna Azhari dan felo, sarjana, pensyarah dan pelajar institusi itu, turut mengakui Kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam sudah menerima pengaruh agama dari luar seperti Hindu dan Buddha, tetapi pengamalannya disesuaikan dengan persekitaran serta kepercayaan masyarakat tempatan.

Timbalan Pengarah Atma, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, merumuskan pandangannya itu berasaskan penyelidikan arkeologi yang menunjukkan Kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam seperti Sriwijaya pada abad ke-7 menggunakan bahasa Melayu.

"Kerajaan Sriwijaya tidak menggunakan bahasa India meskipun mengambil tulisan palaval dari India, sebaliknya mengguna pakai skrip berkenaan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Hal ini samalah seperti tulisan jawi yang dipinjam daripada skrip bahasa Arab, tetapi orang Melayu menggunakan tulisan berkenaan untuk menulis dalam bahasa Melayu," katanya pada ceramah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.

Khalayak wacana turut diberitahu bahawa penyelidikan arkeologi juga membuktikan Kerajaan Melayu Jambi sudah pun wujud dan bukti peninggalan mereka menunjukkan ia tamadun yang besar seperti Sriwijaya, Kedah, Champa dan Langkasuka selain Sailendra di Jawa.


KHUSYUK: Sebahagian daripada mahasiswa dan siswazah yang hadir pada ceramah Asal Usul Tamadun Melayu.
"Kerajaan ini sudah pun wujud sebelum kedatangan Islam, tetapi apabila Islam datang, satu persatu kerajaan terbabit mengubah halanya ke arah agama terbabit apabila rajanya memeluk Islam kemudian diikuti oleh rakyat," katanya pada seminar yang dipengerusikan Pengajar Kolej Dar al-Hikmah, Dr Ali Nor.

Dua agama yang dikatakan dibawa masuk ke alam Melayu sebelum kedatangan Islam ialah Hindu dan Buddha selain agama mereka dapat diketahui dengan melihat rupa bentuk candi seperti Borobodur menunjukkan Buddha, manakala Angkor Wat pula Hindu.

Bagaimanapun, agama berkenaan disesuaikan dengan kepercayaan masyarakat tempatan dan tindakan pengubahsuaian juga dapat dilihat melalui cerita Raja Bersiong dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang sebenarnya berasal daripada kultus Bhairava yang membabitkan rajanya mahu meningkatkan martabat menjadi manusia lebih agung daripada orang lain dengan minum campuran darah.

"Bagi saya, orang Melayu sendiri yang mengasaskan tamadun Melayu dan bukannya orang India mahupun Arab, sekali gus menolak Teori Greater India Society yang menganggap pembentukan tamadun di alam Melayu akibat penghijrahan orang India ke Nusantara," katanya.


Prof Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Teori Greater India Society menganggap pembentukan tamadun di Nusantara ekoran penghijrahan orang India yang menyebabkan lahirnya kerajaan awal kerana ditakluki bangsa itu dan membentuk koloni, sekali gus menjadikan alam Melayu sebagai sambungan kepada tamadun India.

"Bagaimanapun, kita membuat kesimpulan bahawa bukan orang India yang membentuk tamadun di rantau ini berpandukan perbezaan arca termasuk Tanah Melayu berbanding arca di India. Arca di rantau ini ada unsur tempatan dan inovasi seperti dapat dilihat di Borobodur yang tidak ada duanya di dunia, manakala Buddha di Kemboja pula berlainan dengan arca Buddha di India dengan menampilkan raut wajah tempatan," katanya.

Prof Nik Hassan Shuhaimi yakin bahawa bukti arkeologi menunjukkan Kerajaan Melayu awal di alam Melayu mampu bersaing dengan bangsa lain di dunia pada abad pertama Masihi sehingga abad ke-11 Masihi dalam perdagangan antarabangsa.

"Pedagang India, China dan Arab-Parsi datang berdagang ke alam Melayu dengan beberapa pelabuhan utama muncul seperti Kataha, Mo-la-yu, Palembang (Sriwijaya), Langkasuka, Funan dan Champa. Selain pedagang asing, pedagang dari pelbagai tempat di alam Melayu juga berdagang di pelabuhan entrepot seperti Jawa, Ternate dan Makassar," katanya.

Beliau yakin bahawa perdagangan global wujud pada zaman tamadun Islam seperti yang berlaku di Melaka, Perlak, Pasai dan Aceh membabitkan China mahupun India, selain rantau Asia Barat serta Venice.

"Kehadiran Kerajaan Melayu Islam sekali lagi mencipta sejarah gemilang alam Melayu dan terus meningkat dengan kelahiran Kesultanan Melayu Melaka pada awal abad ke-15 sehingga ia menjadi entrepot utama di alam Melayu. Seluruh kerajaan di alam Melayu mengakui kehebatan Melaka, sekali gus mengambil alih fungsi Sriwijaya pada abad ke-7 hingga ke-11 Masihi," katanya.

Orang Melayu pada zaman kegemilangan tamadun Melayu dikatakan sudah berjaya membina kapal termasuk kapal dari Bugis yang lebih besar, tetapi kedatangan Barat meruntuhkan keagungan tamadun Kerajaan Islam, perdagangan dan juga perkembangan teknologi termasuk perkapalan.

"Perkara ini saya kesan daripada kajian terhadap teknologi perkapalan dan sehingga hari ini kita cuba bangun kembali dan menghidupkan semula keagungan tamadun meskipun sudah 50 tahun merdeka," katanya.
Kembali Ke Atas Go down
http://www.blogigo.co.uk/pengalamanku
 
kerajaan baru hanya wujud selepas kedatangan Islam disangkal
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
THE GREAT NUSANTARA FOR NUSANTARIAN :: ALL ABOUT NUSANTARA :: Kejayaan Nusantara Masa Lalu/Past Glories of Nusantara-
Navigasi: